Perebutan Kepemimpinan Abd_Manaf_bin_Qusai

'Abdul Manâf amat mematuhi keinginan ayahdanya —Qusai bin Kilab— untuk memilih abangnya —'Abd-ad-Dâr— sebagai pemimpin kota Makkah dan penjaga Kaabah. Tetapi, pada generasi berikutnya, separuh dari kaum Quraisy berdiri di belakang putera 'Abdul Manâf, iaitu Hâsyim, lelaki yang paling terkemuka pada saat itu, dan menuntut agar pemerintahan dialihkan dari Bani 'Abd-ad-Dâr ke Bani 'Abdul Manâf. Mereka yang mendukung Hâsyim dan saudara-saudaranya itu adalah dari Bani Zuhrah, Bani Taim dan seluruh keturunan anak Qusai bin Kilab selain keturunan dari anak pertama. Namun terdapat segelintir bani Arab kecil seperti Bani Makhzum dan sepupu yang lebih jauh menerima pemerintahan Bani 'Abduddâr.[2]

Akhirnya kekuasaan tersebut telah diberi kepada Bani 'Abdul Manâf yang dipimpin oleh Hâsyim, namun perjanjian telah termeterai antara kedua-dua Bani dimana keturunan 'Abduddâr iaitu Bani 'Abduddâr berhak memegang kunci Kaabah dan hak-hak mereka yang lain, dan tempat tinggal mereka harus diteruskan fungsinya sebagai Darul Nadwah atau Rumah Majlis. Sedangkan Bani 'Abdul Manâf pula berhak menetapkan pajak serta menyediakan makanan dan minuman bagi para jamaah Haji. [2]